



SEK KEB BUKIT TAMBUN, 14110 SIMPANG EMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG. TELEFON/FAX: 045888870. EMAIL: skbtambun@gmail.com




Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 13 Mac 2009 bersamaan 16 Rabiul Awal 1430H di tapak perhimpunan sekolah. Acara serba sederhana ini dimulakan dengan doa dan diikuti dengan bacaan Yasin beramai-ramai. Seterusnya Ust Zool Azhari menyampaikan tazkirah Maulidur Rasul. Kemeriahan dapat dirasai apabila semua murid mengalunkan selawat ke atas junjungan Rasullullah SAW.



Selamat menyambut Maulidur Rasul 1430H khususnya kepada warga SK Bukit Tambun yang beragama Islam. Marilah kita mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka dan mujahadah perjuangan Rasullullah S.A.W. dalam mengembangkan agama Islam.
Sebahagian pengawas menerima watikah perlantikan jawatan sebagai Pengawas Sekolah SKBT bagi tahun 2009 oleh Pn Sa'diah, Guru Besar SKBT.

Blok B yang menempatkan kelas-kelas Tahap 1, Bilik Kelas Moral, Makmal Komputer, Bilik Akses, dan Bilik KSSR serta Pra Sekolah.
Blok C yang menempatkan Pejabat, Bilik Guru Besar, PK Kurikulum, PK HEM, PK Kokurikulum, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber, Bilik Kaunseling dan Bilik Pemulihan.