26 May 2009
Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah
SELAMAT HARI GURU
Gambar akan menyusul
14 May 2009
Hari Guru
Warga SKBT mengucapkan SELAMAT HARI GURU yang akan disambut seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun. Hayatilah karya Usman Awang ini:Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
06 May 2009
Pertandingan Sepak Takraw 12TKB
28 April 2009
PENGAKAP
SK Bukit Tambun telah menghantar seramai 10 orang pelajar dengan diiringi oleh Cg Zulkifli dan Cg Nik Faizul. Seramai 5 orang dari SK Bukit Tambun telah mendapat Lencana Anugerah Aktiviti Pengakap Kempori ke-15 yang mana mereka wajib menjalani 12 ujian dan cabaran yang disediakan sebelum mendapat anugerah tersebut.
(Lagi catatan dan gambar menyusul)
PROGRAM MOTIVASI 2009
25 April 2009
LDP membina blog
Sungguhpun kursus dikendalikan oleh guru SKBT sendiri (Cg Adli dan Cg Suzana), namun ia telah mencapai objektifnya apabila sebahagian besar guru-guru yang mengikutinya berjaya menghasilkan blog asas peribadi masing-masing termasuk GB, PK1 dan PK HEM. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan LDP ini.




23 April 2009
Sambutan Hari Buku Sedunia






Pada hari ini 23 April 2009, Sambutan Hari Buku Sedunia telah diadakan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan kerjasama semua guru sempena Hari Buku Sedunia.
Selepas nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah SKBT, Guru Besar iaitu Pn Sa'diah memberi ucapan diikuti dengan perasmian.
Aturcara diteruskan dengan acara persembahan murid dan pertandingan melukis/ mewarna poster berkaitan amalan membaca. Terima kasih kepada semua guru terutamanya kepada Cg Mashitah (Guru Media/Perpustakaan) yang bertungkus lumus menjayakan program ini
09 April 2009
SUKAN TAHUNAN
Sukan tahunan SK Bukit Tambun telah diadakan pada 4 April 2009 dan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi PIBG SK Bukit Tambun iaitu En Mohd Aris bin Saad. Memandang padang SKBT yang kecil hanya acara 50 meter untuk tahun1 hingga tahun 6 sahaja diadakan pada hari sukan disamping acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru yang telah dijalankan sebelumnya. Acara sukaneka turut dijalankan.
Walaupun padang agak becak kerana hujan pada malam sebelum hari sukan, namun murid-murid begitu bersemangat mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Terima kasih kepada guru-guru, kakitangan bukan akademik, PIBG dan ibu bapa serta semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Sukan tahunan ini .
(Lagi gambar-gambar akan menyusul)




















=

08 April 2009
PERTANDINGAN KOKURIKULUM AKADEMIK




Pertandingan kokurikulum Akademik Peringkat kelompok R20 telah diadakan di SK Tasek Permai dan SJKT Tasek Permai pada 2 April 2009 dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Zaki bin Haji Harun, Pegawai PPD Selatan.
Acara dibahagikan kepada Karnival Bahasa Melayu dan Karnival Bahasa Inggeris. Karnival Bahasa Melayu yang dipertandingkan ialah pidato, bercerita tahap 1, bercerita tahap 2, bahasa bermadah dan kompang formasi. Manakala Karnival Bahasa Inggeris pula ialah public speaking, story telling, choral speaking, action
song dan spelling competition.
31 March 2009
PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH




29 March 2009
KEM BESTARI SOLAT
27 March 2009
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 13 Mac 2009 bersamaan 16 Rabiul Awal 1430H di tapak perhimpunan sekolah. Acara serba sederhana ini dimulakan dengan doa dan diikuti dengan bacaan Yasin beramai-ramai. Seterusnya Ust Zool Azhari menyampaikan tazkirah Maulidur Rasul. Kemeriahan dapat dirasai apabila semua murid mengalunkan selawat ke atas junjungan Rasullullah SAW.



Selamat menyambut Maulidur Rasul 1430H khususnya kepada warga SK Bukit Tambun yang beragama Islam. Marilah kita mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka dan mujahadah perjuangan Rasullullah S.A.W. dalam mengembangkan agama Islam.
26 March 2009
PERLANTIKAN PENGAWAS 2009
Sebahagian pengawas menerima watikah perlantikan jawatan sebagai Pengawas Sekolah SKBT bagi tahun 2009 oleh Pn Sa'diah, Guru Besar SKBT.

25 March 2009
MESYUARAT AGONG PIBG 2009
SENARAI AJK PIBG SESI 2009-2010:
(Sila lihat di ruang sebelah)
11 March 2009
PRASARANA 2009
Blok B yang menempatkan kelas-kelas tahap 1, makmal komputer, bilik akses, bilik PAK dan bilik BBM pendidikan seni serta pra sekolah.
Blok C yang menempatkan pejabat, bilik Guru Besar, bilik PK Kurikulum, bilik PK HEM, bilik PK kokurikulum, bilik guru, bilik mesyuarat, pusat sumber dan bilik pemulihan.
28 February 2009
AKTIVITI GURU 2008
Bertolak dari Jeti ke Pulau Jerejak
'We are the Winner'
26 February 2009
25 February 2009
PENGLIBATAN MURID 2008
24 February 2009
PROGRAM KEAGAMAAN 2008
AKTIVITI MURID SEPANJANG 2008
MAJLIS PERPISAHAN
Majlis perpisahan Kak Syam dan Kak Ros (kerani SK Bukit Tambun) yang telah bertukar ke sekolah lain pada tahun lepas (2008) telah diadakan di kantin SK Bukit Tambun sempena dengan jamuan tahunan SK Bukit Tambun pada 28.12.2008. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan Kak Syam dan Kak Ros sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Tidak ketinggalan penghargaan yang sama kepada Cikgu Azizah yang turut bertukar sekolah pada tahun 2009 yang tidak dapat hadir pada majlis ini. Jasa anda tetap dikenang.23 February 2009
SEJARAH SK BUKIT TAMBUN

Pada tahun berikutnya bilangan murid semakin bertambah kepada 245 orang dan terdiri daripada pelbagai bilangan bangsa. Jalan masuk ke sekolah mula diturap dengan tar manakala elektrik dan air dibekalkan. Sekolah ini seterusnya menyertai Rancangan Buku Hijau.
Pada tahun 1978 bangunan sekolah baru dibina ( Blok B ) mengandungi 6 bilik darjah , sebuah bilik TV, sebuah bilik Guru Besar, pejabat, tandas guru dan tandas murid serta kantin. Bilangan murid semakin bertambah seramai 276 dan 12 orang guru.
Bangunan blok B siap dibina pada 1978.
Bangunan blok lama telah diubahsuai dan turut menempatkan perpustakaan sekolah.
Kelihatan kantin dan padang sekolah (kini menjadi tapak perhimpunan)
Gambar pelajar pada 1994 ini menunjukkan bahawa bangunan lama masih digunapakai sebagai bilik darjah dan perpustakaan pada tahun tersebut.
Gambar padang sekolah ini diambil sebelum pra sekolah diwujudkan di sekolah ini.
Pencapaian Sekolah
Pada tahun 80an adalah kemuncak kejayaan bagi sekolah apabila pada tahun 1981 telah menjadi Johan Pasukan dan Regu Sepak Takraw peringkat Daerah. Dua orang pemainnya pula terpilih mewakili Pasukan Negeri.
Pada tahun 1983 pula menjadi Johan Bola Jaring Peringkat Negeri Pulau Pinang. Seterusnya telah menerima anugerah tokoh kanak-kanak (Perempuan) Peringkat Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia.
KATA ALUAN
Salam semua.Bersyukur kepada Tuhan kerana pada hari ini termakbul jua impian warga SK Bukit Tambun untuk mempunyai sebuah blog sendiri. Melalui blog ini akan dimuatkan pelbagai maklumat sekolah dan aktiviti yang dijalankan di sekolah ini untuk makluman semua warga SK Bukit Tambun termasuk guru-guru, staf, ibu bapa dan pelajar.
Ia juga membolehkan pihak JPN, PPD dan guru-guru serta pelajar dari sekolah lain untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan di sekolah ini.
Di samping itu akan jua dimuatkan pelbagai maklumat dan 'link' berkaitan pendidikan yang boleh dimanfaatkan bersama.
Sekian,
Mohd Adli
Web Master.
23 Februari 2009













































