28 April 2009

PENGAKAP

Pada 25 April 2009 satu lagi program murid yang diadakan pada hari ini ialah Kempori Pengakap Zon Nibong Tebal kali ke 15 bertempat di Taman Negeri Bukit Pancur melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah rendah dan menengah zon Nibong Tebal.

SK Bukit Tambun telah menghantar seramai 10 orang pelajar dengan diiringi oleh Cg Zulkifli dan Cg Nik Faizul. Seramai 5 orang dari SK Bukit Tambun telah mendapat Lencana Anugerah Aktiviti Pengakap Kempori ke-15 yang mana mereka wajib menjalani 12 ujian dan cabaran yang disediakan sebelum mendapat anugerah tersebut.
(Lagi catatan dan gambar menyusul)

PROGRAM MOTIVASI 2009

Pada 25 April 2009 satu program motivasi jatidiri khusus untuk pelajar tahun 6 SKBT telah diadakan di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam, Seberang Perai.







25 April 2009

LDP membina blog

Hari ini 25 April 2009, SK Bukit Tambun telah mengadakan LDP membina laman blog yang dihadiri oleh guru-guru SKBT bertempat di makmal komputer SKBT. Walau bagaimanapun beberapa orang guru tidak dapat mengikutinya kerana terlibat dengan aktiviti pengakap dan aktiviti pengurusan jati diri tahun 6.

Sungguhpun kursus dikendalikan oleh guru SKBT sendiri (Cg Adli dan Cg Suzana), namun ia telah mencapai objektifnya apabila sebahagian besar guru-guru yang mengikutinya berjaya menghasilkan blog asas peribadi masing-masing termasuk GB, PK1 dan PK HEM. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan LDP ini.


23 April 2009

Sambutan Hari Buku Sedunia


















Pada hari ini 23 April 2009, Sambutan Hari Buku Sedunia telah diadakan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan kerjasama semua guru sempena Hari Buku Sedunia.
Selepas nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah SKBT, Guru Besar iaitu Pn Sa'diah memberi ucapan diikuti dengan perasmian.

Aturcara diteruskan dengan acara persembahan murid dan pertandingan melukis/ mewarna poster berkaitan amalan membaca. Terima kasih kepada semua guru terutamanya kepada Cg Mashitah (Guru Media/Perpustakaan) yang bertungkus lumus menjayakan program ini















09 April 2009

SUKAN TAHUNAN


Sukan tahunan SK Bukit Tambun telah diadakan pada 4 April 2009 dan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi PIBG SK Bukit Tambun iaitu En Mohd Aris bin Saad
. Memandang padang SKBT yang kecil hanya acara 50 meter untuk tahun1 hingga tahun 6 sahaja diadakan pada hari sukan disamping acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru yang telah dijalankan sebelumnya. Acara sukaneka turut dijalankan.

Walaupun padang agak becak kerana hujan pada malam sebelum hari sukan, namun murid-murid begitu bersemangat mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Terima kasih kepada guru-guru, kakitangan bukan akademik, PIBG dan ibu bapa serta semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Sukan tahunan ini .


(Lagi gambar-gambar akan menyusul)

=

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...