Showing posts with label MAKLUMAT SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAT SEKOLAH. Show all posts

25 April 2011

Lawatan Jemaah Nazir

Pada hari rabu 18.04.2011 yang lalu, SK Bukit Tambun telah dikunjungi oleh 5 orang ahli Jemaah Nazir yang diketuai oleh En Wan Shukri. Antara objektif kunjungan mereka ialah untuk menilai sejauh mana impak program LINUS (yang mula dilaksanakan mulai 2010) terhadap murid dan sejauhmana pihak sekolah mentadbir urus program LINUS ini. Alhamdulillah setelah memeriksa fail-fail dan mencerap P&P guru-guru, pihak Nazir merumuskan bahawa pihak sekolah telah berjaya menjalankan program ini dengan jayanya. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

Jemaah Nazir sedang mengadakan taklimat bersama GB, PK1, Ketua Panitia BM & MT
serta guru-guru LINUS dan Guru Pemulihan Khas

Guru-guru LINUS tahun 1 dan 2

11 March 2009

PRASARANA 2009

Blok A yang menempatkan kelas-kelas tahap 2, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik j-QAF, Dewan Sekolah, Bilik Muzik, Bilik PAK, Bilik Pendidikan Seni dan Bilik SPBT.
Blok B yang menempatkan kelas-kelas Tahap 1, Bilik Kelas Moral, Makmal Komputer, Bilik Akses, dan Bilik KSSR serta Pra Sekolah.
Blok C yang menempatkan Pejabat, Bilik Guru Besar, PK Kurikulum, PK HEM, PK Kokurikulum, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber, Bilik Kaunseling dan Bilik Pemulihan.
Taman Sains dan Herba 'Signboard' di hadapan pintu masuk utamaPemandangan Pra SekolahPondok Bacaan

23 February 2009

PETA SK BUKIT TAMBUN

Peta SK Bukit Tambun dari pandangan satelit.

Peta SK Bukit Tambun.

Sumber: Google map.

p/s: Untuk besarkan gambar sila klik pada gambar berkenaan.

SEJARAH SK BUKIT TAMBUN

Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun ditubuhkan pada tahun 1917 dengan dikenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Tambun. Pada tahun 1926 sebuah bangunan kayu didirikan yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Ketika itu terdapat 70 orang murid dan 7 orang guru.


Bangunan sekolah lama pada tahun 1926.Tandas yang digunakan pada tahun 1926

Pada tahun 1968 bilangan bilik darjah di tambah di bawah bangunan sebanyak 3 bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah perpustakaan. Pentas sekolah turut dibina. Bilangan murid turut bertambah seramai 183 orang murid dan 9 orang guru.


Sebahagian daripada bahan yang terdapat di dalam perpustakaan pada masa itu.
Pada tahun berikutnya bilangan murid semakin bertambah kepada 245 orang dan terdiri daripada pelbagai bilangan bangsa. Jalan masuk ke sekolah mula diturap dengan tar manakala elektrik dan air dibekalkan. Sekolah ini seterusnya menyertai Rancangan Buku Hijau.
Pada tahun 1978 bangunan sekolah baru dibina ( Blok B ) mengandungi 6 bilik darjah , sebuah bilik TV, sebuah bilik Guru Besar, pejabat, tandas guru dan tandas murid serta kantin. Bilangan murid semakin bertambah seramai 276 dan 12 orang guru.
Bangunan blok B siap dibina pada 1978.
Bangunan blok lama telah diubahsuai dan turut menempatkan perpustakaan sekolah.
Kelihatan kantin dan padang sekolah (kini menjadi tapak perhimpunan)
Gambar pelajar pada 1994 ini menunjukkan bahawa bangunan lama masih digunapakai sebagai bilik darjah dan perpustakaan pada tahun tersebut.
Gambar padang sekolah ini diambil sebelum pra sekolah diwujudkan di sekolah ini.
Sejarah Pencapaian Sekolah
Pada tahun 80an adalah kemuncak kejayaan bagi sekolah apabila pada tahun 1981 telah menjadi Johan Pasukan dan Regu Sepak Takraw peringkat Daerah. Dua orang pemainnya pula terpilih mewakili Pasukan Negeri.
Pada tahun 1983 pula menjadi Johan Bola Jaring Peringkat Negeri Pulau Pinang. Seterusnya telah menerima anugerah tokoh kanak-kanak (Perempuan) Peringkat Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...