Guru-guru dan kakitangan SK Bukit Tambun pada majlis Jamuan akhir tahun 2012 Kelab Staf SKBT di Restoran Nasi Arab, Seberang Jaya
SEK KEB BUKIT TAMBUN, 14110 SIMPANG EMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG. TELEFON/FAX: 045888870. EMAIL: skbtambun@gmail.com
Showing posts with label AKTIVITI GURU STAF. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI GURU STAF. Show all posts
15 January 2013
25 April 2011
Lawatan Jemaah Nazir
Pada hari rabu 18.04.2011 yang lalu, SK Bukit Tambun telah dikunjungi oleh 5 orang ahli Jemaah Nazir yang diketuai oleh En Wan Shukri. Antara objektif kunjungan mereka ialah untuk menilai sejauh mana impak program LINUS (yang mula dilaksanakan mulai 2010) terhadap murid dan sejauhmana pihak sekolah mentadbir urus program LINUS ini. Alhamdulillah setelah memeriksa fail-fail dan mencerap P&P guru-guru, pihak Nazir merumuskan bahawa pihak sekolah telah berjaya menjalankan program ini dengan jayanya. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.
![]() |
| Jemaah Nazir sedang mengadakan taklimat bersama GB, PK1, Ketua Panitia BM & MT serta guru-guru LINUS dan Guru Pemulihan Khas |
![]() |
| Guru-guru LINUS tahun 1 dan 2 |
28 January 2010
TAHUN 2010
14 May 2009
Hari Guru
Warga SKBT mengucapkan SELAMAT HARI GURU yang akan disambut seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun. Hayatilah karya Usman Awang ini:Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
25 April 2009
LDP membina blog
Hari ini 25 April 2009, SK Bukit Tambun telah mengadakan LDP membina laman blog yang dihadiri oleh guru-guru SKBT bertempat di makmal komputer SKBT. Walau bagaimanapun beberapa orang guru tidak dapat mengikutinya kerana terlibat dengan aktiviti pengakap dan aktiviti pengurusan jati diri tahun 6.
Sungguhpun kursus dikendalikan oleh guru SKBT sendiri (Cg Adli dan Cg Suzana), namun ia telah mencapai objektifnya apabila sebahagian besar guru-guru yang mengikutinya berjaya menghasilkan blog asas peribadi masing-masing termasuk GB, PK1 dan PK HEM. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan LDP ini.





Sungguhpun kursus dikendalikan oleh guru SKBT sendiri (Cg Adli dan Cg Suzana), namun ia telah mencapai objektifnya apabila sebahagian besar guru-guru yang mengikutinya berjaya menghasilkan blog asas peribadi masing-masing termasuk GB, PK1 dan PK HEM. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan LDP ini.




28 February 2009
AKTIVITI GURU 2008
ANJURAN UEM BUILDERS
DI PULAU JEREJAK
Program anjuran UEM Builders ini dijalankan pada 1-3 Ogos 2008. Peserta terdiri dari wakil 10 orang guru masing-masing dari SK Batu Kawan, SK Bukit Tambun, SK Sungai Acheh, SJKC Keng Koon dan SJKT Ladang Batu Kawan
Bertolak dari Jeti ke Pulau Jerejak
'We are the Winner'
26 February 2009
24 February 2009
MAJLIS PERPISAHAN
Majlis perpisahan Kak Syam dan Kak Ros (kerani SK Bukit Tambun) yang telah bertukar ke sekolah lain pada tahun lepas (2008) telah diadakan di kantin SK Bukit Tambun sempena dengan jamuan tahunan SK Bukit Tambun pada 28.12.2008. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan Kak Syam dan Kak Ros sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Tidak ketinggalan penghargaan yang sama kepada Cikgu Azizah yang turut bertukar sekolah pada tahun 2009 yang tidak dapat hadir pada majlis ini. Jasa anda tetap dikenang.23 February 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)





Guru-guru SKBT dan staff bergambar beramai-ramai pada Julai 2010
