25 April 2011

Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon

Pada 23 dan 24 April 2011, SK Bukit Tambun turut mengambil bahagian dalam perlawanan bola baling peringkat Zon. Alhamdulillah SK Bukit Tambun telah dinobatkan tempat ketiga Zon. Tahniah kepada para pemain, Cikgu Mohd Fazli (Jurulatih utama), GB Pn Jamilah (yg turut hadir memberi sokongan pada hari perlawanan) dan semua pihak yang terlibat.


Lawatan Jemaah Nazir

Pada hari rabu 18.04.2011 yang lalu, SK Bukit Tambun telah dikunjungi oleh 5 orang ahli Jemaah Nazir yang diketuai oleh En Wan Shukri. Antara objektif kunjungan mereka ialah untuk menilai sejauh mana impak program LINUS (yang mula dilaksanakan mulai 2010) terhadap murid dan sejauhmana pihak sekolah mentadbir urus program LINUS ini. Alhamdulillah setelah memeriksa fail-fail dan mencerap P&P guru-guru, pihak Nazir merumuskan bahawa pihak sekolah telah berjaya menjalankan program ini dengan jayanya. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

Jemaah Nazir sedang mengadakan taklimat bersama GB, PK1, Ketua Panitia BM & MT
serta guru-guru LINUS dan Guru Pemulihan Khas

Guru-guru LINUS tahun 1 dan 2

13 April 2011

Perkhemahan Kokurikulum

 Satu Perkhemahan kokurikulum telah diadakan pada 7 hingga 8 April 2011 di Pusat Kokurikulum Seberang Perai Tengah. Seramai 73 orang pelajar tahun 4, 5 dan 6 dengan dibantu oleh seramai 8 orang guru dari SK Bukit Tambun terlibat sepenuh masa. Program ini dijalankan secara bersama dengan SK Bukit Teh, SK Machang Bubuk dan SK Jelutong.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...