26 May 2009

Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah

Pada hari ini SKBT telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang sumbangan dan pengorbanan guru dalam mendidik dan mengajar mereka semua. Di samping itu acara yang telah disusun dapat merapat dan mengeratkan hubungan antara guru-pelajar supaya terbentuk saling hormat menghormati antara satu sama lain.

SELAMAT HARI GURU

Gambar akan menyusul

14 May 2009

Hari Guru

Warga SKBT mengucapkan SELAMAT HARI GURU yang akan disambut seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun. Hayatilah karya Usman Awang ini:

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

06 May 2009

Pertandingan Sepak Takraw 12TKB

SK Bukit Tambun telah dipilih menjadi pengelola Pertandingan Sepak Takraw 12 Tahun Ke Bawah Zon Nibong Tebal. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Mutiara Impian pada 5 dan 6 Mei 2009.

Acara berpasukan telah diadakan pada 5 Mei melibatkan 12 buah sekolah iaitu SK Bandar Tasek Mutiara, SK Nibong Tebal, SK Keledang Jaya, SK Sg Duri, SK Seri Tasek, SK Sg Kechil, SK Pulau Aman, SK Sg Acheh, SK Batu Kawan dan SK Jawi. Johan untuk acara ini ialah SK Pulau Aman dan naib johan ialah SK Sg Acheh manakala di tempat ketiga ialah SK Nibong Tebal dan SK Sg Duri.

Acara beregu pula diadakan pada hari ini iaitu 6 Mei melibatkan seramai 24 buah pasukan regu di mana setiap sekolah menghantar dua pasukan beregu masing-masing. Johan acara beregu ialah SK Jawi 'A' dan naib johan ialah SK Sg Acheh 'B' manakala di tempat ketiga ialah SK Pulau Aman 'A' dan SK Pmtg Tok Mahat 'B'.

Tahniah kepada pasukan dan sekolah yg menang. Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini. "Apa yang penting .......... KERJASAMA."

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...