31 March 2009

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH

Pertandingan bola baling peringkat Daerah Seberang Perai Selatan bawah umur 12 tahun telah diadakan di SK Sungai Kechil melibatkan 19 buah sekolah. SK Bukit Tambun telah menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan. Pemain kebanyakan terdiri dari pelajar tahun 4 dan 5. Sungguhpun tidak berjaya ke peringkat kedua, namun pasukan ini dapat melahirkan beberapa orang pemain berkaliber bagi mewakili sekolah pada tahun hadapan.

29 March 2009

KEM BESTARI SOLAT


















Kem Bestari solat telah diadakan pada hari sabtu 28 Mac 2009 khusus untuk pelajar Islam tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 oleh guru-guru j-QAF dengan dibantu oleh guru-guru beragama Islam SKBT.




27 March 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 13 Mac 2009 bersamaan 16 Rabiul Awal 1430H di tapak perhimpunan sekolah. Acara serba sederhana ini dimulakan dengan doa dan diikuti dengan bacaan Yasin beramai-ramai. Seterusnya Ust Zool Azhari menyampaikan tazkirah Maulidur Rasul. Kemeriahan dapat dirasai apabila semua murid mengalunkan selawat ke atas junjungan Rasullullah SAW.






Selamat menyambut Maulidur Rasul 1430H khususnya kepada warga SK Bukit Tambun yang beragama Islam. Marilah kita mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka dan mujahadah perjuangan Rasullullah S.A.W. dalam mengembangkan agama Islam.

26 March 2009

PERLANTIKAN PENGAWAS 2009

Perlantikan Pengawas Sekolah 2009 telah diadakan pada 2 Mac 2009 dan disempurnakan oleh Pn Sa'diah, Guru Besar SKBT.

Bacaan ikrar pengawas oleh Hanafi bin Mohd Arif, Ketua Pengawas SKBT bagi tahun 2009
Sebahagian pengawas menerima watikah perlantikan jawatan sebagai Pengawas Sekolah SKBT bagi tahun 2009 oleh Pn Sa'diah, Guru Besar SKBT.

25 March 2009

MESYUARAT AGONG PIBG 2009

Mesyuarat Agong PIBG tahun 2009 telah diadakan pada 31 Januari 2009 di Dewan SK Bukit Tambun pada 2.30 petang dirasmikan oleh En Mohd Dziauddin bin Saad wakil PPD Selatan.

SENARAI AJK PIBG SESI 2009-2010:
(Sila lihat di ruang sebelah)
Bacaan doa oleh Ust Zool Azhari
Wakli PPD Selatan diapit oleh En Zainol Abidin bin Ismail, Pengerusi PIBG SKBT dan Pn Sa'diah bt Hassan, Guru Besar SKBT.
Ucapan perasmian oleh En Mohd Dziauddin bin Saad, wakil PPD Selatan
En Nik Faizul bin Nik Wel, Setiausaha PIBG SK Bukit Tambun sedang membentangkan minit mesyuarat
Murid cemerlang UPSR 2008 iaitu Farah Hayati bt Shaikh Jamaluddin yang mendapat 5A sedang menerima cenderahati daripada wakil PPD Selatan.
Sebahagian ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat PIBG 2009

11 March 2009

PRASARANA 2009

Blok A yang menempatkan kelas-kelas tahap 2, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik j-QAF, Dewan Sekolah, Bilik Muzik, Bilik PAK, Bilik Pendidikan Seni dan Bilik SPBT.
Blok B yang menempatkan kelas-kelas Tahap 1, Bilik Kelas Moral, Makmal Komputer, Bilik Akses, dan Bilik KSSR serta Pra Sekolah.
Blok C yang menempatkan Pejabat, Bilik Guru Besar, PK Kurikulum, PK HEM, PK Kokurikulum, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber, Bilik Kaunseling dan Bilik Pemulihan.
Taman Sains dan Herba 'Signboard' di hadapan pintu masuk utamaPemandangan Pra SekolahPondok Bacaan

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...